Sepanjang 3 tahun setengah ini, kursus ini telah memberi banyak ilmu, manfaat, dan kenangan indah bagi diri saya. Semasa kursus, walaupun penat lelah mengorbankan masa cuti sekolah untuk balik ke institut perguruan untuk memenuhi masa interaksi, banyak kenangan pahit manis yang masih ku rasakan. Yang penting sekali, semua pengalaman atau kenangan dialami mengubah hidup dan perjalanan dalam kerjaya seumur hidup sebagai guru.